" A N E M Z A H A R "

Anem Zahar


Hai Welcome Here





  • Hover HERE




    Contact me HERE
    OR
    Wechat: @anemzahar
    OR
    Whatsapp: 0167274521





Wechat with me.


Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia Backlinks Free Automatic BacklinkMalaysia Free Backlink ServicesFree Promotion LinkFree Smart Automatic BacklinkMAJLIS LINK: Do Follow BacklinkLink Portal Teks TVAutoBacklinkGratisjapanese instant free backlink Free Plugboard Link Banner ButtonFree Automatic Backlink ServiceText Backlink Exchange






Cerita PANAS!
Jom Tonton Premier League Secara LIVE.

6 Jan 2014 | 21:01 | 0Comment




Alhamdulillah kini telah masuk Safar iaitu bulan kedua tahun Hijrah. Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT jadikan sebagai kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat.

Menganggap Safar sebagai bulan pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik kerana tidak ada yang mampu memberikan manfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT.
.
Tiada bulan-bulan hijrah yang tidak elok dan malang. Setiap bulan itu sama sahaja kecuali ada beberapa bulan mulia dalam Islam yang memang diakui kelebihannya seperti bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”   (QS Yunus :107)
Umat Islam sepatutnya tidak lagi percaya dengan perkara-perkara khurafat kerana jika kita menolak qada dan qadar Allah, ia boleh membawa kepada perbuatan penyimpangan akidah sekali gus menggoyahkan keimanan seseorang muslim.
.
.

Sejarah Mula

Mari kita lihat kembali asal mulanya bulan Safar ini;
Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Perkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan cuacanya adalah waktu yang berangin.
Pada bulan Oktober ketika itu, merupakan bulan perubahan daripada kemuncak musim panas kepada musim luruh, daun-daun mula menguning sehingga orang Arab juga menamakam bulan tersebut sebagai ‘As Shafar’ (‘kuning’).
Safar turut bermaksud kosong kerana dalam bulan ini masyarakat Arab (Badwi) seringmeninggalkan rumah dan kampung halaman mereka menjadi lengang kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara dan berdagang.
.
.

PERISTIWA SAFAR

Dalam sejarah Islam, di bulan Safar telah berlaku banyak peristiwa besar dan penting, antaranya:
  1. Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid.
  2. Kebenaran berperang dilaksanakan pada tahun ke-2 Hijrah.
  3. Peperangan pertama yang disertai Rasulullah SAW adalah ‘Wudan’ atau ‘Abwak’pada tahun ke-2 Hijrah bagi menentang kekufuran.
  4. Tragedi al-Raji’, di daerah ‘Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah) membabitkan tujuh sahabat yang diutus berdakwah kepada kaum ‘Udal dan al-Qarah pada tahun ke-4 Hijrah telah dibunuh kecuali Khubaib bin ‘Adi yang dibawa ke Makkah. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudian menjadi ikutan sunnah.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sumber: Shafiqolbu

Labels: ,