" A N E M Z A H A R "

Anem Zahar


Hai Welcome Here





  • Hover HERE




    Contact me HERE
    OR
    Wechat: @anemzahar
    OR
    Whatsapp: 0167274521





Wechat with me.


Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia Backlinks Free Automatic BacklinkMalaysia Free Backlink ServicesFree Promotion LinkFree Smart Automatic BacklinkMAJLIS LINK: Do Follow BacklinkLink Portal Teks TVAutoBacklinkGratisjapanese instant free backlink Free Plugboard Link Banner ButtonFree Automatic Backlink ServiceText Backlink Exchange






Cerita PANAS!
Jom Tonton Premier League Secara LIVE.

19 Mar 2015 | 10:09 | 0Comment

*Gambar tidak ada kena mengena dengan topic

Assalamualaikum readers. How are you? Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni. Semenjak masuk U, susah sangat nak cari peluang nak buka blog. And tiba tiba tengah malam ni terdetik nak update. There is too many things I wanna share but I tooo busy. Sekarang tengah menghitung hari nak exam untuk final semester kedua. Banyak sangat yang dapat belum cover sepenuhnya. And macam biasa kalau dah nak dekat final ni lah, lecturers nak buat test, assignment and quiz bertubi tubi. Poning kepalo den. 

Untuk pengetahuan korang, Anem tengah sambung belajar di UiTM Melaka Kampus Jasin. Ala yang baru tu. Hehehe. Ambil Diploma Sains Komputer. And baru semester kedua dah kena jadi student non-resident (NR).

Apa tu NR? NR ini adalah untuk pelajar yang menetap atau menyewa rumah di luar kampus. NR ini mempunyai organisasi tersendiri mengikut kampus. Objektif organisasi ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan yang mesra, kemas dan cekap dalam memberi perkhidmatan serta memelihara kebajikan pelajar NR.

FUNGSI UNIT PENGURUSAN NR
• Sebagai sekretariat kepada urusan-urusan pentadbiran kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar NR. 
• Bekerjasama dengan Pegawai Pembangunan Pelajar NR dalam urusan pemantauan dan hal-hal kecemasan. 
• Bekerjasama dengan Unit Kaunseling/Pusat Islam dalam urusan khidmat nasihat dan bimbingan agama. 
• Menyediakan ‘NR Directory' untuk rumah-rumah sewa yang ditawarkan. 
• Mengumpul maklumat/database pelajar-pelajar NR. 
• Bekerjasama dengan pihak luar seperti Polis / Jabatan agama / Wakil Penduduk/taman dan orang perseorangan. 
• Menyampaikan maklumat / laporan kepada ibubapa pelajar. 
• Sebagai Penasihat dalam program pelajar / program kemasyarakatan. 
• Membantu mengurus pelajar semasa kecemasan. 
• Menyediakan dan menyampai maklumat terkini Isu-isu yang berkaitan NR. 
• Menyediakan garis panduan sewaan. 
• Membantu dan menguruskan permohonan e-Insentif pelajar NR dan stiker kenderaan NR
• Membantu dan menguruskan permohonan perabut lupus untuk pelajar NR.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR NR
• Memantau tatatertib dan sahsiah Pelajar Luar Kampus (Non Resident ) 
• Membuat laporan kepada Ketua Unit Pengurusan Kolej & Non Resident berkaitan aduan, pemantauan dan tindakan. 
• Membantu / menolong pelajar-pelajar NR yang sakit dengan mendapatkan rawatan sama ada dibawa ke Unit Kesihatan UiTM atau ke   Hospital-Hospital pada masa kecemasan. 
• Membuat perhubungan dan bekerjasama dengan agensi / organisasi luar / persatuan penduduk bagi memantau tatatertib dan kebajikan serta aktiviti pelajar-pelajar di luar kampus. 
• Membuat laporan dari masa ke semasa kepada ibu bapa, Dekan Fakulti dan pihak-pihak lain yang berkaitan mengenai mana-mana pelajar dibawah kawalan jika dikehendaki. Laporan ini   hendaklah disimpan oleh Pengurus Asrama Kebajikan NR. 
• Membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dari masa ke semasa seperti minggu Wawasan Siswa, Pesta Konvokesyen dan lain-lain. 
• Bertugas di Pejabat Sekretariat NR mengikut jadual yang ditetapkan. ( Menerima aduan / urusan dengan pelajar NR mengikut setempat ). 
• Mengadakan mesyuarat urusan pelajar / Persatuan penduduk. 
• Merancang Program / Aktiviti urusan pelajar NR / Mesyuarat setempat.

Ok thats all untuk tengahmalam ini. Selamat malam. :)